Jan 16, 2013

Harini untuk apa

Pernah satu hari aku bangun, aku tanya pada diri aku "Lana, harini untuk apa? Nak buat apa?" tapi kosong. Takde jawapan. Jawapan dia adalah aku kena tempuh harini kalau nak Tuhan tunjuk apa yg aku kena buat. Kadang kadang suara setan tu menusuk bagai menggantikan suara malaikat. Kenapa mudah aje hidung ini tunduk dan cium bau tu? Kenapa susah sangat utk tepis? Tuhan ada agenda dia sendiri. Kenapa kita susah fikir kerja Dia sedangkan Dia dah sediakan assignment sepanjang hidup untuk kita?
 
Satu hal yang mungkin takkan pernah aku mampu untuk mengaku: mengaku yang aku takut. Tapi aku tahu mahu atau tak, takut tetap muncul. Paling buruk orang itu adalah menipu tapi paling hodoh seseorang tu adalah menipu diri sendiri. Bayang bayang sendiri takkan pernah jadi bayang orang lain. Kenapa risau? Kau takut gagal Lana? Kau takut terjatuh dan kau takut nak rasa sakit. Itu yang kau takutkan sebenarnya kan? Tak apa, itu lah satu satu nya cara untuk bangkit dan kenal hidup. Bukan di sogok dengan kesenangan palsu.
 
Jadi lagi sekali aku tanya; harini untuk apa?

2 comments:

#iwrite said...

hari ini ada hikmahnya, hari esok ada tersiratnya,..yang penting yakin diri percaya diri InsyaAllah kita tak kan takut, lagi pun "DIA ada untuk mu"

Lana i jwb ur comment @ my blog, (i memang ada ambil tempahan...)

LanaAshaaSuhaime said...

Hye iffah imani. Sorry, lama sgt tak bukak blog. InsyaAllah, DIA mmg selalu ada. Btw, u ada amik tempahan eh? Boleh tak i tau nama FB u or email u ke? Sory late reply..

Post a Comment